TAWAU, 13 Julai 2024: Polis melumpuhkan tiga suspek dikenali dengan ‘Geng Loyok’ dalam kes mencuri spot rim dan tayar kenderaan berikutan penahanan tiga lelaki di sekitar bandar Tawau, baru- baru ini.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, hasil maklumat dan risikan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah memberkas seorang suspek lelaki tempatan berusia 28 tahun di sebuah bengkel motosikal kawasan kompleks Takada, Tawau jam 4.40 petang, rabu lalu.
“Pihak Polis juga turut merampas sebuah kenderaan pacuan 4 roda bersama barang yang dicuri dan turut dirampas sebuah telefon, hasil semakkan rekod jenayah lampau suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan Judi.
“Susulan daripada tangkapan yang di buat, pihak Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau memberkas seorang lagi suspek lelaki warga asing berumur 24 tahun di sekitar kawasan UTC Bandar Tawau kira-kira jam 11.20 pagi, khamis lalu kerana dipercayai terlibat dengan kes yang disiasat dan turut merampas tali pinggang berkepala buku lima yang dipakai dan tiada sebarang rekod jenayah direkodkan,” katanya.
Mengulas lanjut, susulan dari tangkapan yang dijalankan, pihak Polis berjaya memberkas seorang lagi suspek lelaki warga asing berumur 32 tahun kira-kira jam 2.10 petang kelmarin di sekitar kawasan bangunan UTC Bandar Tawau yang juga dipercayai turut terlibat dengan kes yang disiasat hasil risikan yang dijalankan.
“Semakkan rekod jenayah lampau, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan rompak yang dikehendaki pihak Polis,” katanya.
Tambahnya, rabu lalu itu satu laporan Polis telah dibuat oleh mangsa seorang lelaki berumur 24 tahun mengatakan komponen kenderaan mangsa yang diletakkan di luar rumah telah dicuri oleh dua orang yang tidak dikenali, ketika itu mangsa tiada di rumah dan kejadian tersebut disedari oleh ibu saudaranya lalu menghubungi mangsa, kerugian dianggarkan berjumlah RM1,000.“
Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – Polis Daerah Tawau
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost