
KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang di Kampung Botung Berhampiran Kem Paradise Kota Belud di sini.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, mangsa berumur sembilan tahun itu disedari hilang sejak jam 6.30 pagi Sabtu.
“Berdasarkan kenyataan dari pengadu yang juga ibu angkat mangsa, kanak-kanak terbabit tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan namun sering berhalusinasi dan dipercayai hilang pagi ini.
“Bertindak dengan maklumat, pasukan Bomba ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan oeprasi Mencari dan Menyelamat (SAR),” katanya.
Beliau berkata, operasi sedang dijalankan di sekitar mangsa dilaporkan hilang dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost