
KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis kompak di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Jalan Lintas di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, mangsa berumur 30 tahun disedari berada di dalam kenderaan itu pada jam 12.30 tengah hari sebelum orang awam melaporkan kejadian kepada pihak bomba.
Beliau berkata, sepasukan pegawai bersama jentera pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas (resue tools).
“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya di hantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata, selepas memastikan keadaan lokasi bebas dari unsur bahaya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 1.05 petang.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost