Lelaki Ditahan Bersama 57.45 Gram Syabu Di Penampang

Dadah yang dirampas daripada suspek.

PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah jenis syabu seberat 57.45 gram di sebuah perkampungan di Putatan.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek berjaya merampas 11 peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Dadah syabu seberat 57.45 itu ditemukab dalam simpanannya dianggarkan bernilai RM6,320.

“Suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selepas ujian saringan awal air kencing dibuat,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Sammy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama. Kini suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Polis mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *