Pelajar Teknologi Pembinaan KV Keningau Menang Geran Komuniti RM2300

KENINGAU : Pasukan pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional (KV) Keningau telah berjaya terpilih sebagai penerima YouthMADE Festival Amplify Grant melalui projek khidmat komuniti mereka iaitu “First 2 Fix”.

Geran sebanyak USD 500 (lebih kurang RM 2300) diberikan kepada 10 projek terbaik daripada berpuluh-puluh penyertaan yang diterima dari seluruh dunia oleh pihak penganjur iaitu Digital Promise Global yang berpangkal di Washington D.C, Amerika Syarikat.

Penerima geran lain berasal dari Amerika Syarikat, Brazil, India, Nigeria dan Luxembourg. Pertandingan ini diadakan buat juling-julung kalinya pada 2024 dan senarai pemenang diumumkan secara rasmi pada 22 Mei 2024 di lawan sesawang penganjur.

Tujuan geran ini adalah untuk membolehkan projek-projek ini direalisasikan dengan lebih baik.

Pasukan tersebut terdiri daripada lima orang pelajar tahun kedua iaitu Ara Billa Biton, Ahmad Fahmi Ali Hassan, Charles John, Mellyvonny Marius dan Nur Qamariah Hasmeddy.

Projek komuniti mereka adalah merupakan projek pembaikan dan pemulihan rumah khususnya bahagian-bahagian tertentu seperti pintu, siling, dinding, lantai dan tangga untuk menjadikan rumah lebih selesa dan selamat untuk didiami.

Kumpulan sasaran mereka adalah penghuni rumah berpendapatan rendah yang kurang mampu mendapatkan perkhidmatan baik pulih bagi tempat kediaman mereka.

Ketua pasukan itu, Ara Billa, menyatakan rasa teruja kerana projek itu merupakan projek yang mereka baru sahaja wujudkan untuk membantu penduduk sekitar daerah Keningau sambil mengumpul dana untuk aktiviti-aktiviti program mereka.

Pengarah kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, berasa berbangga dengan pencapaian pasukan itu atas niat murni mereka dalam membantu komuniti setempat melalui kemahiran mereka dan geran ini dapat membantu menjayakan projek ini.

Senarai pemenang tersebut boleh diakses melalui pautan ini https://digitalpromise.org/2024/05/21/announcing-the-2024-youthmade-festival-amplify-grant-recipients/

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *