Dua Beradik Maut, Tiga Parah Kemalangan Di Kota Marudu

Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

KOTA MARUDU: Dua beradik wanita maut manakala tiga parah selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit lalu terbalik di Jalan Kampung Gana, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, kejadian jam 1.50 tengah hari menyebabkan kedua-dua mangsa masing-masing berumur 17 dan 58 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, tiga lagi mangsa parah termasuk pemandu berumur 65, 85 dan 27 tahun dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati kesemua mangsa berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dalam perjalanan pulang menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Kampung Gana dari arah pekan Kota Marudu.

“Ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, kenderaan terbabit hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit sebelah kanan menghala ke Kampung Gana lalu terbalik di parit simen.

“Impak kemalangan menyebabkan dua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi termasuk pemandu yang parahdibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Zairolnizal berkata, siasatan lanjut mendapati tiada kenderaan lain dan individu lain terbabit dalam kemalangan itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *