Empat Cedera Jambatan Di Kampung Bangau-Bangau Roboh

Pasukan bomba menjalankan operasi SAR dan pemeriksaan di lokasi kejadian.

SEMPORNA: Empat cedera selepas jambatan simen di perkampungan atas air Kampung Bangau-Bangau, di sini, roboh, semalam.

Jambatan simen sepanjang lebih 250 meter itu mula roboh dari kawasan pasar Kampung Bangau-Bangau, kira-kira jam 7.30 malam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.03 malam.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dan BBP Atas Air Semporna digerakkan ke tempat kejadian.

Pasukan bomba menjalankan operasi SAR dan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Laporan kejadian jambatan simen sepanjang lebih 250 meter roboh dan terdapat empat mangsa dilaporkan terbabit.

“Dua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam manakala dua lagi mangsa hanya cedera ringan dirawat oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pasukan bomba membuka Pos Kawalan Bomba berhampiran lokasi kejadian disebabkan ada ibu bapa mendakwa anak mereka belum balik ke rumah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan menyusur jambatan yang roboh menggunakan bot kevlar dan perahu orang kampung.

“PDRM turut berada di lokas kejadian untuk operasi SAR dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *