Pemandu Van Pelancong Kemalangan Minggu Lalu, Meninggal Dunia Di Hospital

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20 Jalan Lumpang, Semporna pada 13 Mac lalu.

SEMPORNA : Pemandu van pelancong yang terbabit kemalangan di Kilometer 21, Jalan Semporna-Tawau, dekat sini, 13 Mac lalu, meninggal dunia di Hospital Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia pada 3.45 petang selepas lebih seminggu menerima rawatan di hospital itu akibat parah selepas terbabit dalam kemalangan yang turut mengorbankan dua mangsa.

Beliau berkata, empat lagi mangsa warga Singapura yang turut mendapatkan rawatan di hospital sama sudah dibenarkan pulang ke negara asal pada 14 dan 20 Mac lalu.

“Kesemua mereka sudah kembali ke Singapura untuk rawatan susulan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan dua pelancong asing maut, manakala lima cedera termasuk empat parah selepas van pelancong yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang 13 Mac lalu, lelaki warga Singapura, Lee Siong Huat, 60, dan wanita warga Vietnam, Ngo Trinh Buu Dung, 40, maut di tempat kejadian.

Berikutan kejadian itu, pihak polis menahan pemandu treler, seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *