Remaja Lelaki Hilang Mandi Sungai Ditemukan Lemas

Seorang remaja lelaki ditemui lemas malam tadi selepas mandi di Sungai Pegalan, Kampung Panagatan petang semalam.

KENINGAU : Seorang remaja lelaki ditemui lemas malam tadi selepas mandi di Sungai Pegalan, Kampung Panagatan petang semalam.

Mayat Aloysius Alfred, 13, ditemui sekitar pukul 9.50 malam oleh orang kampung kira-kira 520 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, orang kampung memaklumkan menemui mayat remaja terbabit 520 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa ditemui selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi bersama rakannya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Aloysius bersama lima rakannya mandi di sungai berkenaan sebelum dua daripada dihanyut arus deras sungai.

Bagaimanapun, salah seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh datuknya manakala Aloysius didapati hilang.

Pasukan bomba yang menerima panggilan pada pukul 5.50 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. 

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *