Elak Lubang Punca Kakitangan PBT Maut Kemalangan Di Kinabatangan

Lori sampah tersebut hilang kawalan kerana mengelak jalan raya yang berlubang. Foto Ihsan PDRM

KINABATANGAN : Cuba mengelak jalan raya berlubang dipercayai punca kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) maut dalam kemalangan di Kampung Sentosa Jaya, Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan mendapati sebelum kejadian mangsa yang juga pemandu lori sampah dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Sandakan.

“Sebaik tiba di lokasi, lori sampah tersebut hilang kawalan kerana mengelak jalan raya yang berlubang dan tidak rata lalu menyebabkan lori yang dipandunya terbabas dan terbalik ke sebelah kanan atas jalan raya.

“Akibat daripada itu, mangsa terhimpit di bahagian kerusi pemandu oleh badan bahagian hadapan kepala lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dzulbaharin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian ini diminta tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Kinabatangan bagi membantu siasatan.

“Saksi boleh juga menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 014-9551030 atau pusat kawalan Bilik Gerakan IPD Kinabatangan di talian 089-561890,” katanya.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan Mohamad Izuan Mambasang, 39, maut akibat tersepit di bahagian pemandu manakala rakannya dikenali sebagai Ahmad Din Ahmad cedera dan Muhd Saufi Ahmad, 26, terselamat.

Kesemua mangsa ketika itu menaiki lori sampah milik Majlis Daerah Kinabatangan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *