Lelaki Maut Ditetak, Tikam Di Depan Sekolah

Mayat lelaki ditemui terbaring dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman di badannya di tepi jalan berhadapan SMK Bahang, Penampang.

PENAMPANG : Lelaki warga asing maut selepas terbabit pergaduhan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 29 tahun ditemui orang awam terbaring dengan kesan tetakan dan tikaman di leher, kepala, tangan dan kaki mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima aduan mengenai pergaduhan membabitkan beberapa lelaki yang bersenjatakan parang pada 4.44 pagi.

“Siasatan awal mendapati lelaki warga asing terbaring dengan berlumuran darah serta terdapat beberapa kesan tetakan dan tikaman pada badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor Hospital Queen Elizabeth I,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sammy berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang awam boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan Asisten Superintendan Andi Ma’ Mur Halwati di talian 019-5853918,” katanya yang turut meminta orang ramai tidak berkongsi gambar kejadian atau maklumat tidak sahih di media sosial.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *