Polis Berkas Lelaki Curi Telefon Bimbit Milik Pemandu e-Hailing

Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 22 Disember 2023 : Polis memberkas seorang lelaki disyaki mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu e-hailing, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, tangkapan yang dilakukan oleh anggota yang menjalankan tugas rondaan (BIT) Balai Polis Tawau di sekitar kawasan bandar telah terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pihak Polis menghampiri, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan akhirnya berjaya ditahan dan berlaku pergelutan antara anggota Polis dan suspek.Tambahnya, pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek, pihak Polis menjumpai sebuah telefon bimbit di dalam poket seluar suspek yang disyaki dicuri.

“Sebelum itu, pihak Polis telah menerima laporan Polis yang mengatakan telefon bimbit mangsa telah hilang akibat dicuri, sebelum itu mangsa telah menumpangkan seorang lelaki ke kawasan shell Batu 3, Jalan Apas,” katanya.

Ujarnya, suspek berusia 17 tahun itu gagal menunjukkan sebarang keterangan diri yang sah. Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *