Polis Siasat Gambar, Rakaman Suara Dikaitkan Kes Bunuh Di Semporna

Ketua Polis Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dua gambar suspek dan tiga pesanan suara dikaitkan dengan satu kes bunuh di Semporna dikesan tular di media sosial hari ini.

SEMPORNA : Polis sedang menyiasat penyebaran gambar dan rakaman suara dikaitkan dengan satu kes bunuh di Semporna.

Ketua Polis Semporna, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya mengesan dua gambar suspek dan tiga pesanan suara didakwa terbabit kes bunuh yang tular di media sosial hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyiarkan sebarang maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan polis serta menimbulkan kegusaran awam.

“Jika ada sebarang bukti, sila tampil atau salurkan maklumat ke balai polis berdekatan, bukannya tular di media sosial bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, selain kegusaran awam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular dua gambar suspek dan tiga rakaman suara didakwa berkaitan kes bunuh di Semporna.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *