Bomba Pujuk Lelaki Cuba Terjun Dari Tingkat 11 Hospital QE1

Anggota bomba memujuk lelaki yang cuba terjun dari bumbung Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu malam tadi. – Foto Bomba

KOTA KINABALU: Cubaan seorang lelaki terjun dari bumbung tingkat 11 Hospital Queen Elizabeth I (QEH I) malam tadi digagalkan selepas lebih sejam dipujuk bomba.

Kejadian itu disedari pengawal keselamatan ketika menjalankan rondaan sebelum menghubungi talian kecemasan 999, jam 9.13 malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata bomba dan pengawal keselamatan hospital mengambil masa lebih sejam memujuk lelaki berusia 43 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *