Ketahui Hak Anda Sebagai Pelanggan MYAirline

KUALA LUMPUR : Penggantungan operasi serta-merta MYAirline sejak semalam menyebabkan penumpang terpinga-pinga dan tertanya-tanya cara untuk mendapatkan pampasan.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dalam kenyataan berkata, pihaknya telah mengarahkan syarikat penerbangan tambang murah itu supaya menghentikan semua transaksi di platform tempahannya sehingga diberitahu kelak.

Mavcom juga berkata, MYAirline bertanggungjawab memulangkan bayaran kepada pelanggan yang menempah tiket penerbangannya tetapi kini tidak dapat melakukan perjalanan berikutan penggantungan operasinya.

Peguam Rajesh Nagarajan berkata, kecuali dalam “keadaan luar biasa” seperti wujudnya risiko keselamatan atau keadaan cuaca buruk, penumpang berhak meminta pampasan bagi penerbangan yang dibatalkan.

“Jika mereka rasa tidak terima pampasan sewajarnya, mereka boleh membuat aduan rasmi dengan syarikat penerbangan yang bertanggungjawab sebelum menghubungi Mavcom,” kata Rajesh kepada FMT.

Beliau berkata, pampasan merangkumi masalah yang ditanggung apabila syarikat penerbangan menggantung operasi.

“Sebaik sahaja penumpang membuat pembayaran untuk tiket penerbangan, wujud perjanjian kontrak antara penumpang dan syarikat penerbangan,” katanya.

“Hak penumpang digariskan dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016, yang diwujudkan bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.”

Rajesh berkata, selain pembayaran balik harga tiket, penumpang boleh mendapatkan pampasan atas kesulitan, perbelanjaan tambahan atau kerugian yang ditanggung akibat pembatalan itu.

“Penumpang yang terkilan berhak di sisi undang-undang untuk mendapatkan pampasan atau pembayaran balik bagi tempahan yang bayarannya tidak boleh dipulangkan, seperti hotel, konsert atau kegiatan lain yang terjejas,” katanya.

Statut keterbatasan untuk tuntutan pampasan ialah enam tahun dari tarikh kausa tindakan bermula.

Had masa ini terpakai khusus untuk kes-kes yang berkaitan dengan kontrak, seperti pembelian tiket penerbangan, kata Rajesh.

“Tuntutan individu sehingga RM5,000 boleh dibawa ke Mahkamah Tuntutan Kecil. Mahkamah Majistret mengendalikan tuntutan sivil sehingga RM100,000.

“Bagi tuntutan sivil sehingga RM1 juta, Mahkamah Sesyen lebih sesuai,” katanya.

Rajesh juga berkata, perlu ada langkah pencegahan tambahan dan perubahan dalam undang-undang untuk melindungi penumpang dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Mavcom harus memperkenalkan syarat supaya syarikat penerbangan membayar deposit keselamatan tinggi, yang akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan kewangan untuk penumpang yang terjejas oleh penggantungan penerbangan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *