4,730 Pendatang Asing Di Sabah Dihantar Pulang – Hajiji

Hajiji berkata setakat 27 Julai lepas terdapat seramai 3,839 tahanan warga asing masih berada di empat Depot Imigresen di seluruh Sabah.

KOTA KINABALU, 22 Ogos : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah telah melaksanakan penghantaran pulang 4,730 pendatang haram ke negara asal mereka antara 1 Jan hingga 20 Julai tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata setakat 27 Julai lepas terdapat seramai 3,839 tahanan warga asing masih berada di empat Depot Imigresen di seluruh Sabah.

“Penghantaran itu adalah melalui udara, darat dan laut,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik Dr Aliakbar Gulasan yang ingin tahu jumlah pendatang haram di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Hajiji berkata daripada jumlah yang masih ditahan di Depot Imigresen itu, seramai 3,115 orang merupakan warganegara Filipina, Indonesia (700), Pakistan (6), Vietnam (5), India (2), Thailand (1) dan 10 orang tidak mempunyai kewarganegaraan.

Katanya jumlah warga asing yang melalui pintu masuk yang diwartakan di Sabah sama ada melalui udara, laut dan darat untuk enam bulan pertama tahun ini ialah 288,286 orang melalui laluan antarabangsa dan lebih 1.95 juta melalui laluan domestik.

“Kabinet juga telah memutuskan bahawa sambutan untuk menandakan peristiwa bersejarah penting Sabah akan disambut setiap tahun dengan tempatnya akan digilirkan dalam kalangan daerah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita untuk bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,”katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *