Nelayan Hilang Ditemui Dalam Perut Buaya

Mayat nelayan ditemukan dalam perut seekor buaya pada Ahad.

TAWAU : Warga emas yang juga seorang nelayan dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu akhirnya ditemukan mayatnya di dalam perut seekor buaya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita di sini, pada Ahad.

Mayat Addi Bangsa, 60, ditemukan selepas perut reptilia itu dibelah oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keempat selepas mangsa dilaporkan hilang disyaki dibaham buaya.

“Pada hari keempat, pihak kami dimaklumkan bahawa JHL telah menemui seeor buaya jantan yang dipercayai membaham mangsa dan haiwan itu ditembak kira-kira jam 3 pagi Ahad.

“Perut buaya itu kemudian dibelah sekitar jam 9 pagi sebaik ahli keluarga tiba. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat semua anggota badan berada di dalam perut haiwan itu namun dalam keadaan terpisah dan ahli keluarga telah mengesahkan mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Buaya yang ditembak di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau.

“Selepas penemuan mayat mangsa di dalam perut haiwan itu, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11 pagi,” katanya.

Tambah Jemishin lagi, buaya yang ditembak mati oleh JHL itu mempunyai berat kira-kira 800 kilogram dan panjang melebihi empat meter.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *