Amalan Sabah Sediakan Kenderaan Berserta Plat Ikut Gelaran

Gambar tular kenderaan dengan nombor plat Isteri YAB Perdana Menteri yang dinaiki Wan Azizah di Sabah.

Kota Kinabalu: Menyediakan kenderaan untuk tetamu kenamaan khususnya pemimpin yang datang ke Sabah kerana lawatan rasmi atau lawatan kerja sudah menjadi amalan kerajaan negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, kemudahan disediakan itu termasuk kenderaan disertakan nombor plat mengikut gelaran jawatan tetamu dan isteri yang akan menggunakannya.

“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di laman media sosial.

“Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan beliau semasa berada di Kota Kinabalu.

“Plat yang ditularkan adalah bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu gambar kenderaan dengan plat tertulis ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ di hadapan sebuah hotel di sini tular di media sosial dan mendapat reaksi pelbagai masyarakat. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *