Catu Elektrik Kerana Ramai Guna Pendingin Hawa, Kata Menteri Sabah

Shahelmey Yahya berkata, Sabah Electricity Sdn Bhd membuat catuan untuk mengawal kestabilan grid dan ia akan diteruskan sehingga Julai ini.

KOTA KINABALU : Bekalan elektrik di seluruh Sabah terpaksa dicatu susulan permintaan elektrik agak tinggi ketika cuaca panas kerana ramai menggunakan pendingin hawa.

Menteri Kerja Raya Sabah, Shahelmey Yahya berkata, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membuat catuan untuk mengawal kestabilan grid dan ia akan diteruskan sehingga Julai ini.

“Bukan seluruh kawasan terputus bekalan elektrik. Ia bertujuan memastikan kawalan bekalan kuasa di grid SESB terkawal untuk mengelak kejadian tidak diingini.

“SESB sedang melakukan tindakan jangka pendek untuk menambah kapasiti bekalan elektrik melalui penambahan set penjana kuasa tambahan jenis mobil, di mana 11 unit sudah ada dan 17 unit lagi untuk menambah jumlah bekalan tenaga diagihkan kepada pengguna.

“SESB juga ada perancangan jangka panjang menambah jumlah bekalan elektrik di Sabah, namun ada sedikit kelewatan dari sudut pelaksanaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Rabu lalu, beberapa daerah di Sabah dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik, termasuk di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Shahelmey yang juga timbalan ketua menteri meminta pihak terbabit dalam pelaksanaan projek janakuasa elektrik di Sabah memberi perhatian serius dan pantas bagi membolehkan ia dilaksanakan segera.

“Sekiranya bekalan elektrik tidak ditambah dalam tempoh terdekat, maka ia akan membantutkan usaha menarik pelabur untuk membangunkan industri yang ada di negeri ini.”

Rabu lalu, beberapa daerah di Sabah dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik, termasuk di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *