Bayi Melecur Rumah Terbakar Di Pekan Lama Kimanis

Anggota bomba memadam api dalam kebakaran di Pekan Lama Kimanis, Papar.

PAPAR : Bayi lelaki berusia empat bulan melecur di kepala dan kaki dalam kebakaran sebuah rumah di Pekan Lama Kimanis, di sini, hari ini.

Mangsa, Raid Syakif dihantar ke Hospital Papar oleh keluarganya untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.25 pagi.

Katanya, seramai 15 pegawai dan anggota bersama dua jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dan Papar digerakkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran membabitkan rumah jenis tidak kekal dua tingkat terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba,” dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bayi berusia empat bulan yang melecur dilaporkan oleh penyelia operasi.

“Mangsa dihantar ke Hospital Papar oleh keluarganya sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

“Operasi terkawal jam 9.35 pagi dan tamat sepenuhnya pada 12 tengah hari,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *