Lelaki Maut, Treler Terjunam Dalam Gaung Di Jalan Tenom-Kemabong

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa dari gaung.

TENOM : Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas treler dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung di Jalan Tenom-Kemabong di Tenom, Sabah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tenom digerakkan ke lokasi selepas menerima makluman pada 9.50 pagi semalam.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah treler yang terbabas lalu jatuh ke gaung.

“Terdapat dua mangsa terbabit, seorang mangsa dihantar ke hospital oleh ambulans sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Seorang lagi mangsa yang berada di luar kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 11.42 pagi.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *