Gempa Bumi 3.5 Magnitud Di Beluran

BELURAN: Satu gempa bumi lemah telah berlaku di Beluran, Sabah pada jam 9:07 pagi Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui akaun media sosial rasminya menyatakan gempa berlaku dengan kekuatan magnitud 3.5.

Jarak gempa dilaporkan berlaku pada 365km Utara dari Tarakan,Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.

MetMalaysia turut memaklumkan, gegaran mungkin dirasai di Beluran dan kawasan sekitarnya.

Namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan berkenaan akan terus memantau keadaan terbabit.

SumbeR : Facebook Malaysian Meteorological Department.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *