Wanita Maut, 2 Anak Hilang Bot Karam Di Sapulut

Pasukan bomba bersama anjing pengesan menjalankan operasi SAR di lokasi bot karam di Sungai Penawan. – Foto JBPM

KENINGAU : Seorang wanita ditemui lemas, manakala tiga yang lain, termasuk dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Penawan, Kampung Sin-Singon, Sapulut, Sabah kelmarin.

Mayat Lerina Rody, 26, ditemui penduduk kampung kira-kira 3 petang Selasa lalu.

Suami Lerina, iaitu Joffrinos Palandok, 36, dan seorang lagi anak mereka, Jilan yang berusia lima tahun dilaporkan selamat dalam kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sook serta Keningau, termasuk anjing pengesan (K9) yang dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Nabawan dihantar ke tempat kejadian selepas laporan diterima pada 1.14 tengah hari.

“Menurut maklumat awal daripada pemanggil, terdapat lima mangsa dalam kejadian ini, dengan dua daripadanya, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa yang belum ditemui ialah dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia tujuh dan sembilan tahun dikenali sebagai Joffizan dan Carbrineleyvonne,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *