Waris Sultan Sulu Disenarai Sebagai Pengganas

Fuad A Kiram antara lapan individu yang mendakwa waris Sultan Sulu yang membuat tuntutan terhadap beberapa aset milik Malaysia di luar negara pada tahun lalu.

KUALA LUMPUR : Seorang lelaki yang mengaku waris kesultanan Sulu diisytihar sebagai pengganas oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, Khairul Dzaimee Daud berkata, Kementerian Dalam Negeri menyenaraikan Fuad A Kiram sebagai pengganas.

Katanya, Fuad dikaitkan dengan satu entiti yang diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas iaitu Tentera Diraja Sulu di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Fuad antara lapan individu yang mendakwa waris Sultan Sulu yang membuat tuntutan terhadap beberapa aset milik Malaysia di luar negara pada tahun lalu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

BERITA LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *