Lelaki Maut Dilanggar Kereta Ketika ‘Tidur’ Di Atas Jalan Raya Di Tenom

Pasukan Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperosok di bahagian bawah kenderaan sedan.

TENOM: Seorang lelaki maut selepas dilanggar kereta semasa dia dipercayai tidur di atas jalan raya di sini pada tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, PPgB Mohd. Zainal Sinsian berkata, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sapong, pada kira-kira jam 12 tengah malam.

Katanya, panggilan diterima mengenai kejadian itu menerusi talian MERS999 pada jam 12.16 tengah malam dan sepasukan tujuh anggota diketuai Komander Operasi, PPgB Mohd. Zainal Sinsian dihantar ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian yang terletak tujuh kilometer dari BBP itu, didapati telah berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 terlanggar seorang lelaki yang dipercayai tertidur di atas jalan raya. 

“Mangsa, Simon Lucius, 55, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi,” katanya.

Setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 1.12 pagi, tambahnya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *