Polis Tahan Tujuh Lelaki, Rampas 1.2KG Syabu Di Tawau

TAWAU; 27 MAC 2023: Tujuh lelaki tempatan termasuk 2 penjawat awam berumur 30 hingga 50 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya berjaya merampas dadah 1.28 kilogram dadah jenis syabu dengan anggaran pasaran bernilai 130-ribu ringgit.

Katanya, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati lima daripadanya positif dadah serta mempunyai rekod jenayah lampau dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.Menurut beliau, pihak polis juga turut merampas sebuah motokar dan wang tunai berjumlah rm1,292 milik penjawat awam terbabit.

Menurutnya lagi, kesemua suspek masih ditahan reman dan kes disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman mati.

Pihak polis tidak menolak kes ini mempunyai hubung kait dengan rampasan dadah yang dilakukan pihak polis sebelum ini.

Beliau mengalu-alukan kerjasama dariapada orang awam untuk menyalurkan makluman dan aduan berkaitan jenayah dan salah laku dadah dengan menghubungi talian 089-752 222.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR : Tawau Syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *