Menteri Sabah Beri Bayangan Rombakan Untuk Tangani Masalah Air

Masidi Manjun dan Shahelmy Yahya berkata, Jabatan Air Negeri Sabah perlu lebih proaktif dalam menangani masalah air di negeri itu.

KOTA KINABALU : Seorang menteri Sabah memberikan bayangan bahawa mungkin terdapat rombakan dalam jabatan air negeri itu untuk menyelesaikan isu kekurangan air.

Menteri Kewangan negeri Masidi Manjun berkata, beliau dan Menteri Kerja Raya negeri Shahelmy Yahya percaya, ini soal mencari individu yang sesuai memegang jawatan bagi menyelesaikan isu itu.

“Kami berdua rasa wujud keperluan mendesak untuk meletakkan orang tepat di tempat yang tepat pada semua peringkat di Jabatan Air untuk pengurusan dan pengagihan bekalan air kepada pengguna yang lebih baik,” katanya, menurut The Star.

Tambah laporan itu, Shahelmy bersetuju bahawa pegawai jabatan perlu lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah air di Sabah.

Shahelmy juga berkata, kementeriannya bekerjasama rapat dengan jabatan air negeri berhubung perkara itu.

Masalah air Sabah menjadi isu yang kerap ditimbulkan di media sosial. Awal bulan ini, Shahelmy memanggil pengarah jabatan itu selepas Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata, penduduk Sandakan terpaksa minum air “masin” selama tiga bulan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *