Disyaki Seludup PATI, 5 Pegawai Imigresen Sabah Dicekup SPRM

Sembilan individu termasuk lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia direman enam hari mulai semalam, bagi membantu siasatan SPRM.

TAWAU : Jabatan Imigresen (JIM) mengesahkan lima pegawainya di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin kerana disyaki terlibat dalam sindiket menyeludup pendatang asing tanpa izin (Pati).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ruslin Jusoh, berkata pihaknya sama sekali tidak akan melindungi pegawai terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, JIM serius dan komited memastikan tahap integriti pegawainya sentiasa berada di tahap maksimum.

“Selain daripada itu, jabatan ini sentiasa bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *