Hidung Tertusuk Anak Panah Ketika Tangkap Ikan

Bomba berjaya mengeluarkan anak panah dari hidung mangsa dan remaja lelaki itu diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

RANAU :  Seorang remaja lelaki cedera selepas hidungnya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan di Ranau, Sabah.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun yang cedera di hidung dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan bomba selepas difahamkan sukar mengeluarkan anak panah itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang.

Katanya, sepasukan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dihantar ke hospital.

“Sebaik tiba, pasukan bomba bertindak memotong anak panah yang tertusuk di bahagian hidung mangsa dengan menggunakan ‘bolt cutter’.

“Anak panah berjaya dikeluarkan dan mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, operasi ditamatkan pada 5.11 petang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *