Inovasi Pelajar Kolej Vokasional Keningau Menang Anugerah Emas

KENINGAU : Helsianey Philip dan Yuzira Yazrin, pelajar jurusan kosmetologi Kolej Vokasional Keningau, telah mempertandingkan projek tahun akhir mereka, rak troli serbaguna yang dilengkapi dengan peti keselamatan peribadi, di Pertandingan Poster Kajian & Inovasi (RIPC) Siri 1/2023 yang berlangsung dari 14 Februari sehingga 25 Februari 2023 secara jarak jauh anjuran persatuan akademik MNNF Network.

Pasukan ini telah mendapat anugerah emas dalam kategori diploma bagi bidang sains sosial dan kemanusiaan.

Pasukan ini cuba menangani isu yang sering dialami oleh mana mana premis kecantikan iaitu memastikan pelanggan berasa tenang dan selesa semasa rawatan dengan meyakinkan mereka bahawa barang peribadi mereka seperti telefon bimbit dan beg tangan berada dalam keadaan yang selamat.

Mereka mencipta rak troli serbaguna ini yang dilengkapi dengan peti keselamatan yang boleh digunakan untuk menyimpan barang peribadi pelanggan semasa rawatan.

Memandangkan ianya juga boleh digunakan oleh pakar kecantikan semasa memberi perkhidmatan rawatan kerana ruang simpanan yang banyak, rak troli ini akan ditempatkan berhampiran dengan pelanggan tersebut semasa menerima rawatan.

Sesetengah premis kecantikan menyediakan almari penyimpanan barang namun berada di tempat yang berasingan.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik, memuji usaha pelajar ini kerana mencipta inovasi yang menyelesaikan isu yang mungkin nampak remeh tapi wajar diberi perhatian yang serius kerana ianya mampu mempengaruhi keselesaan pelanggan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik πŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *