Harga Tiket Balik Raya Ke Sabah, Sarawak Naik 400 Peratus

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR : Bebanan kewangan yang meruncing selain harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi menyebabkan ramai golongan perantau dari Sabah dan Sarawak terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Paling terkesan adalah mereka yang sudah berkeluarga apabila perlu berbelanja besar termasuk untuk membeli tiket mahal yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan.

Tinjauan Kosmo! di laman sesawang syarikat penerbangan komersial baru-baru ini mendapati, tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak meningkat lebih 400 peratus menjelang perayaan yang bakal diraikan oleh seluruh umat Islam.

Terbang duit gaji sebulan tambang pesawat naik

Malah, persatuan pengguna menerima lebih 1,000 aduan setiap tahun ketika musim perayaan terutama berkaitan isu kenaikan harga tiket penerba­ngan yang terlalu mendadak sehingga menghalang mereka untuk pulang beraya di kampung.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, paling serius adalah isu harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang dianggap tidak masuk akal.

“Harga tiket untuk melancong ke Australia pun tidak semahal ke Sabah dan Sarawak. Isunya adalah lokasi yang dituju itu adalah dalam negara,”‘ katanya dengan nada kesal. – KOSMO

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *