Pelajar Kosmetologi Sabah Menang Emas di Pertandingan Inovasi Melalui Projek Tahun Akhir

KENINGAU : Dua orang pelajar jurusan kosmetologi Kolej Vokasional Keningau, Delvera Debbie Julius dan Andrea A. Anthonius, telah mempertandingkan projek tahun akhir mereka, kemah pelbagai fungsi ataupun dikenali sebagai “Multipurpose Tent”, di Pertandingan Poster Kajian & Inovasi (RIPC) Siri 1/2023 yang berlangsung dari 14 Februari sehingga 25 Februari 2023 secara jarak jauh anjuran persatuan akademik MNNF Network.

Pasukan ini telah mendapat anugerah emas dalam kategori diploma bagi bidang sains sosial dan kemanusiaan. Mereka telah dibimbing oleh dua orang guru iaitu Puan Diana Kayunon dan Cik Bibiana Paulus.

Pasukan ini membina kemah itu sebagai ruang rawatan kecantikan bagi pelanggan-pelanggan ketika berada di luar bilik khas rawatan atau di kawasan orang awam yang terbuka.

Ianya dilengkapi dengan beberapa peralatan untuk menjadikan ianya lebih kondusif dan praktikal untuk digunakan.

Tujuan kemah ini direka adalah untuk memelihara keselesaan para pelanggan yang perlu berada dalam keadaan yang bersendirian tanpa diperhatikan oleh orang lain selain mereka yang memberi rawatan kecantikan dan kesihatan tersebut.

Ini memudahkan proses memberi rawatan tidak kira dimana sahaja dan menyelesaikan isu kos menyewa ruang sementara.

Kemah tersebut diperbuat dari bahan yang mudah diubahsuai dan tahan lama. Ianya ringan dan boleh dilipat. Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Puan Christine Stanislaus Kinsik, berharap agar para pelajar kolej it terus berinovasi dan dia sentiasa menggalakkan para pelajar dan gurunya untuk menggunakan inovasi-inovasi yang dihasilkan untuk membantu masyarakat setempat.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *