Amaran Hujan Berterusan Di Sabah Hingga Jumaat

KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) di beberapa kawasan di Sabah bermula esok sehingga Jumaat (17 Feb).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu, amaran hujan lebat (peringkat kuning) yang diramal di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang kini ditamatkan. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *