Anifah Aman Dilantik Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri Sabah

Anifah Aman menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Bekas menteri luar, Anifah Aman dilantik sebagai penasihat khas perhubungan antarabangsa dan pelaburan asing kepada Ketua Menteri Hajiji Noor.

Anifah, 69, yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Hajiji berkata beliau yakin pelantikan Anifah, yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu Sabah menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Arthur Joseph Kurup.

Beliau diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama Mosti dengan jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Dalam pertemuan itu, Hajiji mahu Mosti menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *