Yusof Yacob Dilantik Sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) menyampaikan surat lantikan kepada Datuk Dr Yusof Yacob sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.

KOTA KINABALU, 13 Jan : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Bhd berkuat kuasa serta-merta. 

Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan berkata ahli politik Barisan Nasional itu menerima surat pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini hari ini. 

Dalam majlis yang sama, Hajiji turut melantik ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon sebagai Pengerusi Sabah Development Bhd (SDB).

Ketua DAP Sabah itu turut menerima surat pelantikannya berkuat kuasa serta-merta kepada syarikat pelaburan negeri itu.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong turut hadir pada majlis itu. 

Hajiji berharap mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan negeri dan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mereka. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *