Bawa Pistol Ketika Bertengkar Dengan Penarik Kereta

Seorang lelaki menyelit sepucuk pistol di belakang badannya dalam video tular ketika bertengkar dengan ejen penarik kereta.

TAWAU : Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki didakwa ahli perniagaan membawa sepucuk pistol ketika bertengkar dengan sekumpulan ejen penarik kereta.

Kes itu tular di media sosial yang berlaku di kawasan parkir Taman Jambu, Jalan Sin Onn, Tawau, pada 2.30 petang, Jumaat lalu.

Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin, berkata pihaknya sudah menerima laporan daripada kedua-dua pihak terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran dan salah faham antara ejen penarik kereta dan seorang lelaki mengenai kereta didakwa milik isterinya.

“Kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis dan rakaman percakapan telah diambil daripada kedua-dua mereka. Semakan juga mendapati ahli perniagaan itu mempunyai lesen pemilikan senjata api,” lapor Astro Awani.

Beliau berkata, polis akan mengemukakan hasil siasatan kes kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya.

“Siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *