KPDN Tahan Lelaki Cuba Seleweng Diesel Bersubsidi Di Beluran

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan Azdy Zukkry John memeriksa tong berisi minyak diesel.

SANDAKAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang lelaki dipercayai cuba menyeleweng minyak diesel bersubsidi ketika lelaki itu leka mengisi bahan api berkenaan ke dalam sebuah tong di sebuah stesen minyak di Beluran dekat sini petang semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata selain penahanan pada 3 petang itu, pihaknya turut merampas 34 tong berisi 6,660 liter diesel bersubsidi di stesen minyak berkenaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan berjaya membenteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas 4,660 Liter mintak diesel serta 2 buah lori dianggarkan bernilai RM110,019 pada serbuan di sebuah stesen pam minyak di Beluran.

Beliau berkata lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an itu dipercayai bersama seorang rakan yang melarikan diri, mengisi tong minyak itu yang dimuatkan dalam dua lori.

“Ketika serbuan, suspek sedang menjalankan aktiviti mengisi minyak diesel bersubsidi daripada pam minyak ke dalam tong berwarna biru yang diletakkan di atas lori.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kebenaran bertulis atau dokumen untuk suspek melakukan aktiviti tersebut,” katanya pada sidang media hari ini.

Azdy Zukkry berkata minyak diesel bersubsidi dan kenderaan yang disita dianggarkan bernilai RM110,019.

Menurutnya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 20(1) Aka Kawalan Bekalan 1961 dan pihaknya tidak menolak minyak diesel bersubsidi itu untuk dijual kepada estet kelapa sawit. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *