26 Ekor Buaya Di Sabah Sudah Ditangkap & Ditembak Mati

Buaya yang terdapat di sungai atau perairan Lahad Datu.

KOTA KINABALU : Sebanyak 26 ekor buaya telah ditangkap atau ditembak mati di tiga daerah bagi sepanjang tahun ini, kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga.

Katanya, tindakan itu diambil bagi di kawasan sungai atau perairan yang berpotensi berlakunya serangan haiwan reptilia itu.

Pada tahun 2022 ini, kita sudah menangkap atau menembak 26 ekor buaya iaitu 13 ekor di Lahad Datu, di Tawau tiga ekor dan di Kinabatangan 10 ekor.

“Sejak tindakan itu dibenarkan pada tahun ini, saya telah mengarahkan pegawai JHL membuat tindakan sama di daerah lain seperti di Paitan dan kebenaran juga turut diberikan kepada Ketua Kampung bagi kawasan yang mungkin berpotensi berlaku serangan buaya.

“Dalam masa sama, kerjasama daripada pihak polis juga turut diperlukan contohnya di Lahad Datu kita dimaklumkan terdapat 28 kawasan ada masalah konflik buaya jadi kita telahpun memberi kebenaran polis untuk menembak jika terjumpa buaya yang berpotensi untuk menyerang manusia,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, walaupun ada kebenaran untuk melakukan perkara itu namun ia tidak mudah bagi JHL melakukannya termasuk dari segi memasang perangkap.

“Kita ada perangkap tetapi hanya sesuai dipasang di sungai kerana keadaan airnya tenang namun bagi di laut ia sukar dilakukan kerana keadaan berombak.Disyorkan artikel berkaitan ini:

“Selepas ditangkap, haiwan ini kita tidak akan pindahkan kerana bimbang akan timbul konflik sesama buaya sebab dari segi ekologi, buaya ini ada kawasannya sendiri untuk mencari makanan dan jika buaya baharu kita lepaskan kemungkinan berlakunya konflik antara buaya dengan buaya.

“Kita tidak mahu ini berlaku, jadi biasanya bila kita berjaya tangkap buaya hidup, ia akan dijual kepada ladang ternakan buaya yang berlesen,” katanya.

Ditanya anggaran besar haiwan yang berjaya ditangkap atau ditembak mati, beliau memaklumkan terdapat antara empat hingga lebih lima meter yang pernah ditemui JHL.

“Paling besar lebih empat meter yang berjaya ditangkap di sebuah sungai di Lahad Datu dan paling besar yang ditembak mati sepanjang lebih lima meter di Sungai Kinabatangan,” jelasnya.

Sebelum itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan bahawa buaya yang dilihat berada di kawasan yang ada aktiviti manusia akan ditangkap atau ditembak mati.

Buaya yang dilihat satu kilometer di hulu sungai atau dari sempadan kampung akan diburu bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan berkenaan. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *