Hajiji, Pemimpin DAP Berjumpa Bincang Kerjasama Dalam Kerajaan Perpaduan

Hajiji Noor dan Loke Siew Fook juga bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Putrajaya semalam.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengadakan perbincangan menyentuh pelbagai perkara termasuk komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini turut disertai Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Chan Foong Hin.

Jabatan Ketua Menteri Sabah, dalam kenyataan memaklumkan turut menyertai Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Jeffrey Kitingan dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Semalam, Loke dan Chan turut menyertai rombongan Hajiji mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Putrajaya.

GRS terdiri daripada parti Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno). – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *