Bajet Sabah: RM1,000 Bantuan Khas Kepada Penjawat Awam

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengumumkan bantuan khas kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada Januari 2023.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas itu membabitkan pembayaran kepada 20,271 orang penjawat awam negeri.

Beliau berkata demikian semasa pembentangan Bajet Negeri Sabah 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

“Bayaran bantuan khas ini diharap akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. 

“Di samping itu, bantuan khas sebanyak RM500 akan turut diberikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang akan dibayar pada bulan April 2023,” katanya.

Menurut beliau, dengan pemberian insentif itu diharap penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.

Hajiji, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, pemberian insentif tersebut sebagai tanda keprihatinan tentang kebajikan penjawat awam. 

Jelas beliau, kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai.  – Utusan Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *