Lelaki Cedera, Empat Rumah Musnah Terbakar Di Keningau

Rumah yang musnah terbakar di Kampung Masak, Keningau.

KENINGAU: Seorang lelaki dewasa cedera ringan dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Masak, Jalan Masak, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian itu, tiga rumah separuh kekal musnah 100 peratus manakala sebuah lagi rumah terbakar 90 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.58 tengah hari.

Katanya, sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan dua aliran dan empat pancutan dari sumber air jentera dan air kolam.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa cedera ringan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya dalam media, pada Rabu.

Katanya, operasi terkawal pada 1.50 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 4.42 petang. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *