Agong Titah 30 Ahli Dewan Rakyat BN Menghadap Pagi Esok

Yang di-Pertuan Agong menegaskan kenyataan Takiyuddin Hassan

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa YDPA bertitah agar 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) untuk menghadap secara individu di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok.

“Adalah dimaklumkan bahawa lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara, proses seterusnya ialah sesi menghadap 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional.

“Sesi menghadap secara individu ini dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok (23 November 2022) di Istana Negara,” memetik kenyataan rasmi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *