‘Ini Kerajaan Perpaduan, Bukan Kerajaan PH’ – Anwar

Anwar  ketika sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin BN.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan pendiriannya bahawa kerajaan gabungan baharu yang dibentuk di bawah pimpinannya tidak akan dikenali sebagai ‘kerajaan PH’.

“Tidak akan ada DAP mahupun kerajaan PH. Ia akan menjadi kerajaan campuran,” katanya bagi menjawab pertanyaan yang mana wujud segelintir Ahli Parlimen BN yang menolak kerjasama dengan DAP.

Beliau juga menolak dakwaan Perikatan Nasional (PN) bahawa gabungan itu berjaya membentuk sokongan majoriti 112 ahli parlimen kerana sebarang sokongan yang diberikan oleh Ahli Parlimen BN kepada orang lain di luar parti sebagai Perdana Menteri, dianggap terbatal dan tidak sah.

“Kami masih menjadi gabungan yang mendapat blok terbesar pada PRU-15 dan kami cukup selesa dengan jumlah yang diperolehi. Yang kedua ialah PN.

“Kami memang menekankan kepentingan untuk membentuk kerajaan inklusif dan kami masih memerlukan sokongan semua pihak.

“Isu asas di sini ialah tidak akan ada kompromi dalam isu tadbir urus. Kita perlu bergerak demi kebaikan negara dan melindungi kepentingan rakyat,” katanya. 

Terdahulu, pemimpin PH dan BN telah berkumpul untuk membincangkan pembentukan kerajaan perpaduan, kerana tiada gabungan yang dapat memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan. HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *