Dua Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak SESB.

PAPAR : Dua lelaki dipercayai kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki lampu jalan dalam kejadian di Apartment Bukit Melinsung, Papar pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 8.25 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar ke tempat kejadian.

“Didapati tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu, seorang mangsa terselamat dan dua orang lagi disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd). Operasi ditamatkan pada 9.51 pagi,” katanya.

Menurut jurucakap itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Abdul Rauf Manda, 61, dan Asnan Ab Wahid, 54, manakala mangsa yang selamat ialah Albrayan Binga, 27. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *