387 PATI Filipina Dihantar Pulang

SANDAKAN : 387 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Tawau, dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut dari Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina, menaiki Feri MV Antonia, semalam.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata PATI yang diusir terdiri 372, 14 wanita dan seorang kanak-kanak.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SH Sitti Saleha mengingatkan semua warga asing untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di negeri ini.

Katanya, semua agensi penguatkuasaan di negeri Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“Operasi Pemindahan ini adalah merupakan sebahagian daripada operasi berterusan
yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Negeri Sabah.

“Jabatan Imigresen negeri Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PATI setelah mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta telah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *