Tiga Pelajar Sabah Terbitkan Karya Di Majalah Sastera United Kingdom

KENINGAU : Griselda Gilbert (18), Nur Rasya Aleesya Omarpudin (17) dan Ashraf Daniel Anuar (17) dari Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menerbikan karya asli masing-masing di majalah sastera terkemuka Margate Bookie edisi 2022 yang hanya memilih 50 karya terbaik dari seluruh dunia untuk diterbitkan setiap tahun.

Majalah tersebut boleh dimuatturun di laman sesawang Margate Bookie: https://margatebookie.com/events-projects/the-margate-bookie-zine/#

Tema majalah sastera itu bagi tahun ini adalah “The Open Arms” yang bermaksud menerima suasana baru dengan hati dan minda terbuka ekoran pandemik selama dua tahun.

Tiga pelajar ini masing-masing menghasilkan karya mengikut minat masing-masing. Nur Rasya Aleeya Omarpudin mendedikasikan lukisannya yang bertajuk “Inner Peace” kepada ibunya yang telah mengharungi pelbagai dugaan namun kekal sabar dan tenang.

Griselda Gilbert telah menulis esei mengulas pahit manis kehidupan yang membuatkan hidup lebih bermakna kerana ianya mengajar individu untuk sentiasa muhasabah diri.

Puisi hasil tulisan Ashraf Daniel Anuar yang bertajuk “I took it on myself” merupakan rumusan pengalaman hidupnya dimana dia mengakui telah melakukan kesilapan pada masa lepas dan perlu memaafkan diri sendiri untuk meneruskan kehidupan dengan prospek yang lebih sihat.

Pengarah kolej itu, Johari @ Jaibet Bin Sabin, berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar ini kerana menghasilkan karya seni penulisan dan visual yang telah menerima pengiktirafan tersendiri melalui penerbitan.

Menurutnya, pencapaian ini membuktikan kemampuan pelajar-pelajar Sabah dalam bidang penulisan dan karya seni visual yang perlu diperkukuhkan lagi untuk menghasilkan rakyat yang berjiwa seni dan gemar menulis.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *