Perdana Menteri Tiba Untuk Hadap Agong

Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara kira-kira 3.50 petang.

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tiba untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Perdana menteri tiba kira-kira 3.50 petang dan sempat melambaikan kepada petugas media yang berkumpul di sana sejak tengah hari tadi.

Ismail dijangka memberi taklimat kepada Agong berhubung Bajet 2023 dan agenda mesyuarat Kabinet pada esok.

Bagaimanapun, timbul spekulasi Ismail akan mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Agong bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).-ADVERTISEMENT-Ads by 

Awal hari ini, Menteri Pendidikan, Radzi Jidin mengesahkan 12 menteri Kabinet Perikatan Nasional mengutus surat kepada baginda supaya mempertimbangkan untuk menolak PRU15 diadakan tahun ini, sekiranya perkara itu dipersembahkan.

Pembangkang turut membantah PRU15 diadakan tahun ini susulan kebimbangan bencana banjir akibat peralihan monsun timur laut yang dijangka berlaku pertengahan November sehingga Mac 2023.

Terdahulu, Sultan Abdullah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran di Ampang, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *