Penjawat Awam Meninggal Dunia Di Pejabat

Pasukan bomba bersama kakitangan jabatan membuka pintu bilik mangsa yang terkunci. – Foto BOMBA

KOTA KINABALU : Seorang penjawat awam ditemukan meninggal dunia di bilik sebuah pejabat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 8.30 pagi itu disedari kakitangan jabatan berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu 8.42 pagi.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang mangsa lelaki berusia 38 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik pejabat.

“Bilik pejabat mangsa kemudian dibuka kakitangan jabatan berkenaan dan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan 9.22 pagi. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *