Suami Selamat, Isteri Maut Dipijak Gajah Di Tawau

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama suaminya Tahir Salleh, dalam perjalanan untuk melawat cucu mereka di Kongsi 4, Ladang Kelapa Sawit Cenderamata dengan menaiki sebuah motosikal.

TAWAU : Seorang wanita maut dipercayai diserang seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merotai-Kalabakan, pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Samsiah Arshad, 50, maut selepas dipijak gajah liar tersebut.

Gajah liar yang dipercayai menyerang pasangan suami isteri di Jalan Merotai-Kalabakan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama suaminya Tahir Salleh, dalam perjalanan untuk melawat cucu mereka di Kongsi 4, Ladang Kelapa Sawit Cenderamata dengan menaiki sebuah motosikal.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua mereka diserang mamalia itu tetapi suaminya berjaya menyelamatkan diri.

Selain itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut mengesahkan pihaknya menerima maklumat berkaitan kes amukan gajah liar di kawasan Dumpas.

Menurutnya, gajah itu bukan gajah betina bunting yang sebelum ini dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai.

Keadaan motosikal mangsa.

β€œIni gajah lain, gajah betina sebelum ini sudah dihalau ke habitatnya dan gajah yang menyerang mangsa tidak memakai kolar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan ada menerima laporan awal mengenai kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan. – Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik πŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *