Eksesais Satria Perkasa Di Keningau, Nabawan, Sapulut Dan Kalabakan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Markas 5 Divisyen memaklumkan bahawa Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) akan melaksanakan Eksesais Satria Perkasa selama 10 hari bermula hari ini. 

Markas Lima Divisyen menerusi kenyataan memaklumkan eksesais berkenaan melibatkan kawasan sekitar Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan.

Gambar Hiasan

Sehubungan itu, orang ramai dimaklumkan supaya tidak cemas dan risau sekiranya menemukan kehadiran anggota tentera ketika eksesais itu berlangsung.

“Eksesais ini konsep Field Training Exercise (FTX) bertujuan bagi meningkatkan tahap profesional dalam melaksanakan latihan ketenteraan bagi mejaga kedaulatan negara.

“Sepanjang eksesais berlangsung akan melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan Tentara Darat Malaysia,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *